arah tuju Tsunami 2004 yang mengorbankan beratus ribu nyawa di kepulauan Acheh, Sri lanka,Thailand dan Malaysia
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Friday, March 18, 2005
HALAL YANG HARAM?

Kilang sosej ‘halal’ guna usus babi diarah tutup



NOOR NIRWANDY menunjukkan stok sarung
kulit sosej berasaskan usus babi
yang disimpan di premis terbabit.
– Gambar oleh Salim Shaari

KUALA LUMPUR: Dua kilang pengeluar sosej menggunakan sarung kulit sosej daripada usus babi diserbu semalam dan diarah tutup selama dua minggu, berkuat kuasa serta merta.

Kedua-dua tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak menjaga kebersihan dan Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1952 membabitkan penggunaan sijil halal yang tamat tempoh.

Sebuah kilang terletak di Kompleks Selayang di sini manakala satu lagi berhampiran Pasar Borong Selayang di sini. Antara barang dirampas 200 kotak berisi sosej, kotak kosong dengan logo ‘halal’ yang tidak sah, pelekat dan sarung plastik.

Selain itu, sebuah restoran yang beroperasi dalam gedung perabot terkemuka di Damansara Utama, di sini, yang dipercayai menjadi pelanggan utama kilang sosej sama juga diserbu dan 50 kotak berisi produk sama turut dirampas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata pemeriksaan mendapati, kedua-dua kilang itu masih beroperasi walaupun sijil pengesahan halalnya luput pada Januari 2004.

“Tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha yang menggunakan sijil halal tidak sah boleh menjejaskan usaha negara untuk menjadi Pusat Halal Dunia.

“Kita tidak berkompromi dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas bersama-sama menyertai operasi itu.

Operasi yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu diketuai Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin serta Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman.

Turut serta anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Bahagian Siasatan dan Pendakwaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kesihatan.

Abdul Rahman juga mendedahkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku dilantik sebagai ejen bagi membantu pengusaha memperoleh sijil halal.

“Sesiapa didatangi ‘ejen’ terbabit perlu melaporkan kegiatan itu segera kerana ia sememangnya tidak sah,” katanya.

Difahamkan, ejen terbabit mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk setiap permohonan bagi membantu pengusaha mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau jabatan agama Islam negeri.

KOMEN : apa tindakan yang dikenakan kepada mereka yang terlibat??? ape pulak perasaan majoriti masyarakat islam di malaysia???

Posted at 01:34 pm by sizuka_31884
Make a comment  

 
Saturday, March 05, 2005
model dan malaysia HADHARI =))


JESLINA(dan rakan2nya): ROLE MODEL REMAJA ISLAM HADHARI(Gambar ini akan kekal menggantikan gambar asal yg telah berada di Internet sejak beberapa hari lalu) - sokongan Sisters-in-Islam & Puteri Umno dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. JAWI & ISLAM HADHARI nampaknya tidak bersungguh-sungguh untuk menegakkan Hukum Allah sebaliknya tunduk kepada tekanan dan hukuman manusia


p/s: gambar asal tidak seswai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat


Posted at 08:54 pm by sizuka_31884
Make a comment  

 
Saturday, February 26, 2005
HINA MALAYSIA..HINA ISLAM???

Laman web jatuhkan maruah Malaysia, Islam


SUDAH tiba masanya Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap kandungan internet apabila munculnya satu lagi laman web yang menjatuhkan maruah negara, selain menghina masyarakat Islam.

LAMAN web membuat
pelbagai tuduhan liar
terhadap Malaysia.


Laman berkenaan di http://members.cox.net/terroristhunters yang dikemas kini tahun lalu dengan tajuk Pemburu Pengganas didakwa bertujuan untuk menyebarkan maklumat tertentu dan sebenar mengenai keganasan, meletakkan Malaysia sebagai negara pengganas.

Dalam kenyataan laman itu, ia mengatakan Malaysia selama ini memang negara pengganas, namun berita media tidak menghebahkan peranan Malaysia dengan pengganas dengan alasan utamanya ialah wujudnya banyak perniagaan dan produk Amerika Syarikat (AS) di Malaysia.

Malaysia dipilih bagi membolehkan rakyat AS mengetahui kebenaran mengenai negara ini selain minat meluap untuk memusnahkan negara Barat, khususnya AS.

Laman itu turut menyatakan Malaysia turut berbahaya kerana dibekalkan dengan senjata canggih daripada pengeluar senjata utama dunia termasuk AS, Russia, Britain dan Perancis.

Turut terbabit ialah sektor perbankan negara yang dikatakan memainkan peranan penting dalam menyalurkan sumber kewangan untuk kumpulan pengganas Muslim di seluruh dunia termasuk Al-Qaeda dan Abu Sayyaf.

Laman yang dibahagikan kepada beberapa bahagian turut mengaitkan tokoh negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, di samping Pengerusi dan Ketua Pegawai Arkitek Microsoft Corp (Microsoft), Bill Gates.

Turut dibabitkan bersubahat dengan Malaysia ialah nama syarikat utama AS yang mana dihuraikan mengenai pembabitan syarikat berkenaan dalam operasi di Malaysia.

Lebih memburukkan lagi, laman berkenaan yang turut menyertakan bersama e-mel pengarangnya pada malaysiasucks@yahoo.com, menghina Islam yang dilihat begitu kuno dalam berhadapan dengan perkembangan dunia moden sekarang.

Pengarangnya dilihat sebagai katak di bawah tempurung kerana gagal mengembangkan kefahamannya mengenai Islam sehingga menjelaskan sesuatu perkara berkaitan Islam itu seperti melihat melalui sebelah mata saja.

Kementerian yang berkaitan dengan kawal selia komunikasi dan internet seharusnya peka mengenai kewujudan laman yang menjatuhkan maruah negara dan Islam.

Pemantauan berterusan harus dilaksanakan supaya masa depan negara dan Islam tidak dicemari oleh kandungan negatif seperti ini.

Seperti berlaku sebelum ini, penyebar atau pengarang kandungan berunsur negatif kepada negara dan Islam harus dikenakan hukuman berat.

Posted at 01:47 pm by sizuka_31884
Comments (2)  

Gurun?

Suhu 21 Mac dijangka 40% Celsius

Oleh: S. ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Negara akan mengalami pancaran matahari paling terik pada 21 Mac ini dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius ekoran fenomena ekuinoks.

Pada tarikh itu, matahari yang sedang bergerak dari kawasan hemisfera selatan ke hemisfera utara akan berada betul-betul di atas garisan khatulistiwa yang menyebabkan keadaan panas terik.

Jurucakap Pusat Ramalan Kaji Cuaca, Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca ketika dihubungi di sini, hari ini berkata, pada masa itu, pancaran matahari akan tepat ke bumi yang menyebabkan keadaan bumi lebih panas dan suhu akan meningkat.

``Akibatnya, pada hari tersebut kita akan merasai cuaca yang amat panas kerana sinaran matahari yang terik.

``Bagaimanapun ia tidak berada di tahap yang membahayakan atau membimbangkan, tetapi diharapkan orang ramai tidak akan berjemur atau melakukan terlalu banyak aktiviti luar,'' katanya.

Jurucakap itu berkata demikian ketika diminta menjelaskan fenomena ekuinoks yang dikatakan menjadi penyebab kepada suhu panas sekarang.

Semalam Penolong Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Wong Teck Kiong berkata, keadaan itu tidak dapat mengatasi rekod yang pernah dicatatkan iaitu 40.1 darjah Celsius pada 9 April 1998 di Chuping, Perlis.

Menurut jurucakap itu, ekuinoks bukanlah satu kejadian yang luar biasa yang berlaku secara tiba-tiba.

``Biasanya negara mengalami suasana panas begini dua kali setahun kerana kedudukan Malaysia berhampiran dengan garisan khatulistiwa,'' katanya.

Tambah jurucakap itu, pihaknya menjangkakan cuaca panas dan kering akan berlarutan sehingga penghujung bulan depan.

Bagaimanapun kata beliau, kebakaran hutan yang berlaku di beberapa tempat di seluruh negara sekarang bukan disebabkan oleh fenomena itu, tetapi pelbagai faktor lain termasuk kecuaian manusia.

``Kebakaran hutan yang kerap berlaku sekarang bukanlah disebabkan oleh fenomena ekuinoks ini,'' katanya.

source: Utusan Online

Posted at 01:40 pm by sizuka_31884
Make a comment  

Kesensitiviti Umat Islam Tidak dijaga

Sensitiviti umat Islam tidak dijaga

BANGI 25 Feb. - Persidangan Ke Arah Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM) yang berakhir hari ini jelas tidak memperlihatkan kesungguhan penganjur dan peserta untuk memahami serta menjaga sensitiviti umat Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini.

Ini dapat disaksikan apabila beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan terhadap keistimewaan agama Islam disepakati untuk digugurkan daripada mukadimah draf suruhanjaya berkenaan.

Sehubungan itu seorang Profesor di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghadiri persidangan itu menyifatkan langkah tersebut sememangnya akan sama sekali menyebabkan ICM tidak boleh ditubuhkan.

Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, apa yang diputuskan dalam persidangan tersebut jelas tidak memahami tentang kehendak umat Islam sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan mudah iaitu mengikuti sahaja apa yang dibataskan dalam Perlembagaan.

``Mereka sebenarnya akan gagal untuk menubuhkan ICM dan ia hanya akan menjadi satu perbincangan akademik semata-mata,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia selepas persidangan tersebut di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perbincangan pada hari terakhir persidangan dua hari itu yang menolak untuk menyatakan secara khusus dalam draf mukadimah penubuhan ICM mengenai halangan penyebaran agama lain terhadap orang Islam dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Tegas beliau, apa yang berlaku sekarang, persidangan telah memutuskan untuk tidak menyatakan secara spesifik mengenai peruntukan Perlembagaan yang melindungi agama Islam dalam draf ICM.

``Malah sewaktu perbincangan mengenainya, ada peserta berhujah dengan mengatakan `apa yang istimewa pada Islam hingga perlu dimasukkan peruntukan-peruntukan tersebut?

``Ini bagi saya adalah suatu yang tidak sepatutnya ditimbulkan kerana Islam adalah agama kepada Persekutuan dan ia mempunyai kedudukan eksklusif dalam Perlembagaan yang membabitkan kontrak sosial sewaktu negara mencapai kemerdekaan,'' katanya.

Tambah Shad Saleem, peruntukan keistimewaan terhadap agama yang dianuti oleh rakyat sesebuah negara sebenarnya turut terdapat dalam Perlembagaan di negara-negara lain.

Katanya, sebagai contoh di Nepal dengan agama Hindu, Filipina dan Ireland dengan agama Kristian dan ini tidak boleh dipertikaikan oleh rakyat mengapa tidak ada peruntukan yang istimewa pada agama lain.

``Di Malaysia, Islam telah dianuti berabad lamanya dan oleh itu kita kena terima kedudukannya yang mempunyai keistimewaan tertentu seperti sekarang.

``Sehubungan itu ICM perlu dirangka mengikut lunas Perlembagaan dan mana yang berkaitan keistimewaan Islam seperti yang dijamin dalam Perlembagaan maka ia perlu dinyatakan secara jelas dalam draf penubuhan suruhanjaya itu.

``Jika itu dapat diikuti maka saya memang bersetuju dengan penubuhan ICM kerana ia dapat mengelakkan dari percampuran terhadap urusan agama Islam sebaliknya membataskan kepada apa yang sepatut ICM lakukan seperti memupuk persefahaman antara agama melalui pendidikan,'' ujarnya.

SOurce : Utusan Online

Posted at 01:38 pm by sizuka_31884
Make a comment  

Indeks Udara Tidak Sihat

Lapan kawasan catat indeks udara tidak sihat

Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kualiti udara di beberapa kawasan di Semenanjung mengalami kemerosotan dengan lapan kawasan di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) `tidak sihat' iaitu mencecah antara 100 hingga 200.

Pengarah Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Che Asmah Ibrahim berkata, lapan kawasan itu ialah Petaling Jaya, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, ibu kota, Putrajaya serta Nilai di Negeri Sembilan dan Bukit Rambai di Melaka.

Menurut beliau, kemerosotan kualiti udara itu disebabkan cuaca panas dan kering yang kebanyakan kawasan di seluruh Semenanjung sehingga mengakibatkan peningkatan kepada kejadian kebakaran hutan dan belukar.

``Dalam pada itu, 27 kawasan pula mencatatkan tahap kualiti sederhana manakala 16 lagi berada pada tahap yang baik,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Indeks bagi kualiti udara baik ialah 0-50, sederhana 51-100, tidak sihat 101-200, sangat tidak menyihatkan 201-300 dan berbahaya 301-500.

Negara pernah dilanda jerebu yang paling buruk iaitu pada tahun 1997 sehingga Sarawak, salah sebuah negeri yang teruk terjejas, diisytiharkan darurat.

Sekolah-sekolah di negeri tersebut juga diarah tutup akibat jerebu ekoran kebakaran hutan di Sumatera.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan mengarahkan semua jawatankuasa jerebu daerah membuat persiapan pelan tindakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan ekoran perkembangan terbaru itu akibat cuaca panas yang berterusan.

``Pihak berkenaan sudah diminta memantau tahap kualiti udara dari semasa ke semasa selain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga,'' katanya.

Orang ramai pula, katanya, dinasihatkan supaya mengehadkan kegiatan luar.

Che Asmah pula memberitahu, JAS mengesan sebanyak 378 kes pembakaran terbuka yang mana 70 kes membabitkan hutan dan belukar, 230 kes bagi tujuan pertanian, 10 kes di tapak industri, 27 kes di tapak binaan dan 12 kes di tapak pelupusan sampah.

``Daripada jumlah ini, sebanyak 55 kes ditawarkan kompaun, 28 diberi notis dan amaran manakala 3 kes sedang disiasat untuk diambil tindakan mahkamah,'' jelasnya.

Menurut Che Asmah, ekoran perkembangan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara dan memburukkan keadaan seperti melakukan pembakaran terbuka.

Perkembangan terbaru itu juga memberi kesan kepada laluan trafik di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah (LTSAS) dengan jarak penglihatan di lapangan terbang itu hanya satu hingga dua kilometer dan merbahaya kepada pesawat-pesawat kecil.

Jurucakap menara kawalan LTSAS yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, pada kebanyakan waktu, pesawat-pesawat kecil tidak dibenarkan membuat penerbangan atau pendaratan ekoran keadaan kabus yang tebal terutamanya pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (JPA), Datuk Ir. Kok Soo Chon berkata, pada keseluruhannya, masalah jerebu yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung kini masih pada tahap terkawal dan tidak memberi kesan terhadap laluan trafik udara.

Source : Utusan Online


Posted at 01:37 pm by sizuka_31884
Comment (1)  

KEMARAU
 Muka Hadapan

KERING-KONTANG...


PARAS air di Empangan Timah Tasoh seluas 13 kilometer persegi ini hampir kontang akibat cuaca panas di Kangar, semalam. - Gambar NIDZUWAN ZAINAL ABIDIN.

Rekahan tanah di Empangan Timah Tasoh di Kangar, Perlis membuktikan bahawa negara ini sedang mengalami musim kemarau yang agak kritikal.

Di Pulau Pinang pula, tiga takungan air di Empangan Air Itam kini hanya tinggal 52 peratus, Empangan Teluk Bahang sebanyak 60 peratus dan Empangan Mengkuang, 51 peratus.

Keadaan kemarau ini berlaku ekoran cuaca panas yang melanda negara sekarang. Pancaran matahari paling terik dijangka berlaku 21 Mac ini dengan suhu akan mencecah 40 darjah Celsius ekoran fenomena ekuinoks.

Jika paras air empangan terus mencecah tahap kritikal, catuan air mungkin akan dikenakan.

Empangan Timah Tasoh bernilai RM77 juta dan dibina pada tahun 1992 itu boleh membekalkan kira-kira 50 peratus atau 54,000 liter air ke kawasan tanaman padi selain kegunaan domestik dan industri negeri itu.

Source : utusan Online

Posted at 01:34 pm by sizuka_31884
Make a comment  

 
Sunday, January 30, 2005
Aceh bergegar lagi

 

BANDA ACEH, Indonesia 29 Jan. - Satu lagi gempa bumi menggemparkan Aceh hari ini, kejadian terbaru melanda wilayah itu sejak gempa bumi kuat hingga berlaku ombak besar tsunami pada bulan lepas.

Gempa bumi yang dikesan pada pukul 9.45 pagi (10.45 pagi waktu Malaysia) itu dan berlangsung selama 10 saat.

Ia telah menggegarkan bangunan-bangunan di Banda Aceh dan menyebabkan beberapa penduduk lari keluar meninggalkan rumah mereka.

Kekuatan dan pusat gempa bumi itu masih belum diketahui.

Kawasan berdekatan Laut Hindi digegarkan dengan beberapa kejadian gempa susulan sejak bencana tsunami 26 Disember lalu.

Bagaimanapun tiada laporan kemusnahan atau kejadian tsunami berikutan gempa-gempa susulan berkenaan. - AP

SOURCE: utusan Online


 



Posted at 04:32 pm by sizuka_31884
Comments (2)  

Majoriti puak Sunnah enggan mengundi

 


TIGA anggota polis Iraq membantu seorang rakan mereka yang cedera ditembak di kaki dalam satu pertempuran menjelang pilihan raya negara itu di tengah Baghdad semalam. - Gambar AP.

WASHINGTON 29 Jan. - Lebih 75 peratus daripada penduduk Arab Sunnah di Iraq tidak akan mengundi pada pilihan raya esok.

Dalam pada itu, majoriti penganut Sunnah dan Syiah mahu tentera Amerika Syarikat (AS) keluar dari negara mereka sebaik sahaja sebuah kerajaan ditubuhkan nanti.

Menurut tinjauan pendapat umum yang disiarkan semalam, kira-kira 76 peratus daripada penduduk Sunnah menyatakan mereka `sudah pasti tidak akan mengundi' dalam pilihan raya esok.

Tinjauan itu dijalankan oleh firma yang beribu pejabat di AS, Zogby International untuk televisyen Abu Dhabi.

Hanya sembilan peratus daripada penduduk Sunnah berkata mereka akan membuang undi.

Sebaliknya, 80 peratus daripada penduduk Syiah yang merupakan majoriti di Iraq, dan 57 peratus daripada kaum Kurdis menyatakan mereka `berkemungkinan besar' atau `sudah pasti' akan membuang undi.

Zogby meninjau pendapat 805 penduduk dewasa Iraq dari 19-23 Januari di seluruh Iraq termasuk di bandar-bandar Baghdad, Hilla, Karbala dan Kirkuk serta di wilayah-wilayah Diala dan Anbar.

Tinjauan itu mendapati 82 peratus daripada penduduk Sunnah dan 69 peratus daripada kaum Syiah mahu askar AS berundur `sama ada serta-merta atau selepas sebuah kerajaan yang dipilih menerusi pilihan raya dibentuk.'

Di kalangan kelompok-kelompok agama dan etnik di Iraq, hanya puak Kurdis berpendapat AS akan membantu Iraq dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sebaliknya 49 peratus daripada kaum Syiah dan 64 peratus daripada penduduk Sunnah menyatakan AS akan merosakkan negara mereka.

`Perpecahan yang wujud begitu mendalam dan begitu ketara sehinggakan pilihan raya itu mungkin memecahbelahkan penduduk dan bukan menyatukan mereka,'' kata James Zogby, seorang penganalisis Zogby International yang menjadi pengacara rancangan `Viewpoint' di televisyen Abu Dhabi.

Sebanyak 84 peratus daripada penduduk Syiah dan 64 peratus daripada puak Kurdis mahu pilihan raya diadakan mengikut jadual tetapi 62 peratus daripada masyarakat Sunnah mahu pengundian ditangguhkan, menurut tinjauan itu. - AFP


Posted at 04:21 pm by sizuka_31884
Make a comment  

Mohd. Yohit meninggal dunia

 


MOHD. YOHIT MOHD. FARHAN.

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Kanak-kanak pesakit bengkak hati, Mohd. Yohit Mohd. Farhan, 14 bulan, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Singapura hari ini selepas 42 hari menjalani pembedahan pemindahan hati.

Mohd. Yohit meninggal dunia kira-kira pukul 1.20 petang setelah mengalami masalah pembuangan air kecil sehingga menyebabkan perutnya kembung dan sukar untuk bernafas.

Bapanya, Mohd. Farhan Abdullah berkata, komplikasi teruk itu bermula tengah malam semalam dan dipercayai berpunca daripada buah pinggangnya yang gagal berfungsi, ditambah pula dengan sel darah putihnya yang semakin menurun dan telah dijangkiti kuman.

``Mohd. Yohit telah diberi rawatan intensif termasuk cadangan untuk membawanya ke Hospital Universiti Nasional untuk mengeluarkan air dari tubuhnya tetapi akhirnya dia meninggal dunia pada pukul 1.20 petang,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Farhan, doktor telah melakukan sedaya upaya sejak tengah malam semalam untuk menyelamatkan anaknya itu.

Bagaimanapun katanya, doktor akhirnya memberitahu harapan untuk menyelamatkan Mohd. Yohit semakin tipis kerana sel darah putihnya semakin menurun dan tubuhnya telah mula dijangkiti kuman.

``Hati saya dan isteri amat pilu apabila doktor mula menanggalkan segala tiub-tiub dan peralatan yang selama ini membantu anak saya dari aspek ubat, makanan dan pernafasan.

``Tepat pukul 1.20 petang, Mohd. Yohit meninggalkan kita semua di hadapan saya, isteri dan ibu,'' katanya.

Mohd. Farhan berkata, beliau dan isteri, Siti Rosila Mat Adam redha dengan pemergian anak mereka itu walaupun sehingga ke saat ini beliau sebenarnya masih yakin Mohd. Yohit boleh diselamatkan.

Beliau memberitahu, Allahyarham telah dibawa keluar dari Hospital Gleneagles pada pukul 6 petang ini dan dibawa ke Hospital Umum Singapura untuk pemeriksaan lanjut.

``Jenazah Mohd. Yohit hanya akan dibawa keluar dari Singapura pada tengah hari esok dan terus dibawa pulang ke rumah iaitu di No. 9, Jalan Dukung 2, Taman Kota Masai,'' jelasnya.



Posted at 04:18 pm by sizuka_31884
Make a comment  

Next Page